Isi = AT + AH + AC + AP
1. Ayat Topik (AT)
- Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
- Ditulis pada permulaan ayat.
- Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.
2. Ayat Huraian (AH)
- Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
- Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana).
- Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.
3. Ayat Contoh (AC)
- Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
- Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.
- Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.
4. Ayat Penegas (AP)
- Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
- AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.
PERINGATAN :
- Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
- Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
- Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).