Pengembangan idea bahagian isi karangan bergantung kepada karangan yang perlu dihasilkan, sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan umum ( 5 isi ).
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-
Perkara | Penerangan |
Lagu/ayat quran/kata-kata pemimpin, berita, dan rujuk jenis-jenis pengenalan yang pernah saya tulis dalam blog ini. | Bahagian ini, pelajar perlu memilih pengenalan yang sesuai, mantap, dan dapat memberi kesan kepada pemeriksa. |
Ayat rangsangan 1 | Ayat dibina untuk merangsang pemeriksa terus membaca Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ........................... ………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih. |
Ayat rangsangan 2 | Ayat rangsangan kedua- meneruskan rangsangan dan minat pemeriksa membaca karangan pelajar seterusnya. Hal ini demikian kerana…………………… |
Ayat rangsangan 3 | Meneruskan rasa minat pemeriksa terhadap karangan pelajar. Bahkan juga……………………. |
Frasa menarik | Pemeriksa terpegun dengan frasa menarik yang ditulis pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin, petikan al quran, dan sebagainya Peribahasa melayu ada mengatakan/ kata-kata pemimpin tuliskan nama/ firman allah ……………………………………….. Ulaskan sedikit |
Unsur kbat | Kesan dan akibat- tajuk atau tema secara umum Sekiranya……………………akibatnya. ……………………. |
Ayat arahan | Menulis ayat tugasan / persoalan -berdasarkan tajuk dipilih Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. |
Lagu/ ayat quran/kata-kata pemimpin, berita, dan rujuk jenis-jenis pengenalan yang pernah saya tulis dalam blog ini. | Negaraku |
Ayat rangsangan 1 | Lirik lagu negaraku di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera malaysia. |
Ayat rangsangan 2 | Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat malaysia sejati. |
Ayat rangsangan 3 | Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan. |
Frasa menarik | Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. |
Ayat rangsangan | Para atlet ternama negara seperti allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan. |
Unsur kbat | Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia. |
Ayat arahan | Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan surutnya. |
Pada masa yang sama, pelajar perlu bijak menyelit istilah menarik:- contoh seyogia, cakna, gajet, mendominasi, dan sebagainya. ( Kemahiran ini akan diperoleh sekiranya pelajar rajin membaca yang akan memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata ).