Tema/kata kunci isi | Pelajar menulis kata kunci/ atau isi- yang hendak ditulis ( apa isi yang hendak diperkatakan) |
Ayat huraian 1 | Ayat huraian isi. (mengapa- tentang isi) Penanda wacana boleh digunakan untuk memulakan ayat isi:- |
Ayat huraian 2 | Ayat huraian isi seterusnya ( bagaimana – isi tersebut berlaku atau terjadi) |
Ayat huraian 3 | Ayat huraian isi selanjutnya. (kenapa – berkaitan keterangan isi selanjutnya ) |
Ayat contoh | Ayat contoh- perlunya pelajar banyak membaca untuk mengaitkan isi dengan contoh semasa (kematangan) |
Unsur KBAT | Sebab dan akibat- jika berlaku----jika tidak…….kesannya…….. |
Frasa menarik | Pemeriksa terpegun dengan frasa menarik yang ditulis pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin, petikan al quran, dan sebagainya. Sekiranya pelajar bijak- frasa menarik boleh diselit di mana-mana ruang Dalam jadual pengembangan isi |
Ayat penegas | Tegaskan semula isi Konklusinya/telah terang lagi bersuluh/jelasnya/ tegasnya…………..tulis semula isi yang difokus |
Kata Kunci Isi | Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia. |
Ayat huraian 1 | Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia. |
Ayat huraian 2 | Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia. |
Ayat huraian 3 | Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain. |
Ayat contoh | Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. |
Ayat Berunsur KBAT | Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. |
Ayat Berunsur KBAT | Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar. |
Frasa menarik | Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut. |
Ayat penegas | Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara. |